
Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51, Taman Sri Andalas,
41200 Klang Selangor.
Kemudahan teknologi seharusnya digunakan bagi memudahkan pengurusan dan perjalanan pentadbiran NGO. SHS sememangnya menggunakan platform ZOOM untuk mengadakan mesyuarat AJK yang boleh dijalankan pada bila-bila masa tanpa kehadiran fizikal.
Baru-baru ini mesyuarat AJK telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan perjalanan program MAT 2026 dan Jamuan Hari Raya yang bakal diadakan pada hari Sabtu 18 April di Taman Sri Andalas, Klang. Setiap daerah diwajibkan menghantar 5 orang perwakilan yang layak mengundi kerana pada kali ini akan diadakan pemilihan barisan Jawatan Kuasa SHS yang baru bagi sesi 2026-2028.
Turut dibincangkan ialah kaedah pengesahan kelulusan ahli baru secara online. Mulai tahun 2025, SHS telah melaksanakan dasar PENDIGITALISASI dengan membangunkan sebuah laman web www.sahabathospital.com yang akan menjadi rujukan dan pusat data utama menyimpan data lkeahlian lebih 900 ahli sejak penubuhan pada tahun 2006 iaitu dua dekad yang lalu.
Unit Sahabat Hospital Tanjong Karang (USHTK) telah mengadakan Mesyuarat AJK kali pertamanya pasca pemilihan AJK baru 2026-2028 pada 8 April (Rabu) yang lalu.
Majlis ini turut meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di peringkat USHTK. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti 2026 serta pemilihan wakil untuk menyertai Mesyuarat Agung Tahunan peringkat HQ yang akan diadakan pada 18 April di Taman Sri Andalas Klang nanti.
Pengurusi USHTK Tuan Mohamed Hasan Mohamed Sahli masih mengekalkan jawatan pengerusi dan masih diberi kepercayaan menerajui USHTK atas pencapaian yang membanggakan pada tahun 2025 dengan menubuhkan 2 buah Pusat Aktiviti sebagai penggerak aktiviti NGO di peringkat daerah.
Pelbagai aktiviti baru termasuk program pelatihan, perkaderan sukarelawan, jualan produk dan ziarah cakna pesakit tetap menjadi aktiviti utama selain menyelenggara kemudahan pinjaman katil pesakit. USHTK juga akan mengurangkan kebergantungan kewangan dari sumbangan orang ramai dan akan menjadikan Pusat Aktiviti sebagai salah satu pusat yang menjana ekonomi daripada jualan produk, latihan dan juga terapi.
Setelah beberapa kali melakukan perubahan tarikh , kini SHS telah memutuskan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan iaitu pada 18 April 2026 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pagi bertempat di Kabin At-Taqwa, Taman Sri Andalas Klang.
Majlis diadakan bersekali dengan sambutan aidil fitri secara sederhana yang bakal dihadiri oleh ahli-ahli SHS dari seluruh daerah.Mesyuarat juga bakal dirasmikan oleh Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa (mantan Pengerusi MAIS) yang juga merupakan ahli seumur hidup yang turut menjayakan penubuhan NGO PERSATUAN SUKARELAWAN ISLAM HOSPITAL SELANGOR atau lebih mudah dikenali sebagai (SAHABAT HOSPITAL SELANGOR)
Sebagai sebuah NGO yang telah ditubuhkan hampir 2 dekad yang lalu, Sahabat Hospital Selangor (SHS) terus merancang menambahbaik pengurusan dan pentadbiran. Ini seiring hasrat pihak ROS bagi mewujudkan NGO yang telus dan berintegriti.
Baru-baru ini, wakil SHS telah menghadiri Program **#ros_care Bil. 2/2026** anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Selangor yang telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026 di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam. Program berimpak tinggi ini mengetengahkan tema “Perkongsian Kesedaran Pengurusan Dana Awam: Mencegah Lebih Baik Dari Merawat” sebagai pendekatan strategik memperkukuh tadbir urus kewangan dalam kalangan pertubuhan berdaftar di Negeri Selangor.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta seawal jam 9.00 pagi sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Agenda utama dimulakan melalui ucapan aluan serta taklimat oleh wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor yang menekankan kepentingan tadbir urus organisasi yang telus, berintegriti dan mematuhi peraturan semasa. Penekanan diberikan kepada tanggungjawab pemegang amanah pertubuhan dalam mengurus dana awam secara profesional serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan dan garis panduan kewangan yang ditetapkan.
Kemuncak program adalah sesi perkongsian khas oleh pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyampaikan taklimat berhubung kesedaran pengurusan dana awam. Sesi ini memberi fokus kepada risiko penyalahgunaan dana, pengurusan kewangan yang tidak berstruktur serta implikasi undang-undang sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Pendekatan “Mencegah Lebih Baik Dari Merawat” ditekankan sebagai strategi proaktif bagi membina budaya integriti dalam organisasi, khususnya dalam pengurusan sumbangan, dana komuniti dan geran awam.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan amalan terbaik (best practices) dalam penyediaan rekod kewangan, pengasingan tugas, mekanisme semakan dalaman serta keperluan audit yang berkesan. Sesi soal jawab yang berlangsung secara interaktif membuka ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan berhubung isu praktikal yang sering dihadapi oleh pertubuhan, termasuk pengurusan akaun, pelaporan kewangan serta kawalan dalaman.
Program ini berjaya menghimpunkan pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti serta badan sukarela yang komited untuk meningkatkan tahap kecekapan pengurusan organisasi masing-masing. Inisiatif ini dilihat selaras dengan agenda memperkukuh ekosistem pertubuhan yang berintegriti, telus dan berdaya tahan.
Secara keseluruhannya, penganjuran Program #ros_care Bil. 2/2026 ini menjadi platform strategik dalam memperkasa kepimpinan pertubuhan agar lebih berakauntabiliti dalam mengurus dana awam. Pendekatan kolaboratif antara JPPM dan SPRM ini diharap mampu membina budaya tadbir urus yang mampan serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap peranan pertubuhan dalam pembangunan komuniti.

Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51, Taman Sri Andalas,
41200 Klang Selangor.