Sejarah, Visi & Misi

Latar Belakang , Visi, Misi

Image
sijil-ros

LATAR BELAKANG

Sahabat Hospital Selangor**

Sahabat Hospital Selangor merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai Badan Sukarelawan Islam Hospital di negeri Selangor. Penubuhannya tercetus melalui inisiatif Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas lawatan penanda aras ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di mana model kesukarelawan PPUM digerakkan oleh Sahabat PPUM.

Berlandaskan keperluan operasi UHEI, Sahabat Hospital Selangor diwujudkan sebagai pasukan sokongan bagi membantu menangani isu ibadah, kerohanian, kebajikan dan sosioekonomi yang dihadapi oleh pesakit sepanjang tempoh rawatan.

Secara rasmi, Sahabat Hospital Selangor didaftarkan sebagai Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran 0637-08-SEL.

Penubuhan persatuan ini bertujuan untuk:

  • menyediakan bantuan sosial, kebajikan, emosi dan kerohanian;
  • menyokong pesakit dan keluarga mereka sepanjang proses rawatan dan pemulihan;
  • mengukuhkan elemen sokongan komuniti dalam ekosistem penjagaan kesihatan hospital.

Seiring perubahan landskap kesihatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020, peranan persatuan diperluas. Atas cadangan pihak hospital, Sahabat Hospital Selangor mula melaksanakan lawatan rumah serta bantuan pasca rawatan kepada pesakit yang telah kembali ke kediaman masing-masing.

Inisiatif ini mendapat sokongan dan sambutan positif kerana ramai pesakit pasca rawatan memerlukan bantuan komuniti dari segi kewangan, peralatan sokongan seperti katil, kerusi roda, tongkat, serta sokongan moral dan spiritual.

Dengan mandat yang diperluas ini, Sahabat Hospital Selangor terus komited memperkukuh ekosistem bantuan sukarelawan, memastikan pesakit menerima sokongan menyeluruh — sebelum, semasa dan selepas rawatan.

VISI

Melahirkan sukarelawan dakwah yang berilmu, berakhlak dan berkesan dalam menyantuni masyarakat hospital.

Visi ini menjadi teras kepada pembentukan identiti Sahabat Hospital Selangor sebagai sebuah gerakan dakwah yang bukan sahaja menekankan penyampaian ilmu, bahkan pembinaan akhlak dan keupayaan berinteraksi secara berkesan. Sukarelawan bukan sekadar berperanan sebagai penyampai mesej, tetapi sebagai agen rahmah yangmampu memberi kesan positif kepada pesakit dan masyarakat.

MISI

Bagi merealisasikan visi tersebut, beberapa misi utama telah digariskan:

1. Menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kasih sayang
Pendekatan dakwah yang digunakan adalah berasaskan kebijaksanaan, kelembutan dan penuh kasih sayang, selaras dengan tuntutan Islam. Sukarelawan digalakkan menggunakan bahasa yang mudah, tidak menghukum serta menyesuaikan pendekatan mengikut keadaan pesakit.
2. Membantu pesakit dan keluarga dari sudut spiritual dan emosi
Sahabat Hospital Selangor memberi penekanan kepada sokongan menyeluruh,bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga spiritual dan emosi. Ini termasuk membimbing amalan ibadah, memberi kata-kata semangat serta membantu mengurus tekanan dan kebimbangan pesakit serta keluarga.
3. Menyantuni golongan asnaf secara berterusan
Usaha kebajikan kepada golongan asnaf dilaksanakan secara konsisten dan terancang, meliputi bantuan kewangan, barangan keperluan serta sokongan berpanjangan, khususnya kepada pesakit yang memerlukan.
4. Mewujudkan suasana biah solehah dalam persekitaran hospital
Sahabat Hospital Selangor berusaha mewujudkan persekitaran yang mendekatkan masyarakat kepada nilai-nilai Islam melalui akhlak, budaya kerja, dan aktiviti kerohanian seperti tadarus dan tadabbur Al-Quran.

0
Unit Daerah
0
Ahli
0
Pusat Aktiviti
0
Sukarelawan

Majlis Pelancaran SAHABAT Hospital

(Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor)

Image
Image

Shah Alam, 26 Julai 2008 – Unit Dakwah Hospital, Bahagian Pembangunan Insan MAIS telah menganjurkan Majlis Pelancaran SAHABAT Hospital (Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor) di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa (Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, MAIS)  dengan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohamad (Timbalan Yang DiPertua SAHABAT Hospital). Turut hadir dalam Majlis ini ialah, Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Solihin (Timbalan Setiausaha MAIS) dan Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar (Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIS).

SAHABAT Hospital telah ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, dan emosi pesakit-pesakit semasa mereka menjalani rawatan dan pemulihan di hospital. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan bagi memastikan segala fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan terancang dan berkesan.

Image
Image
logo-putih

Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51, Taman Sri Andalas,
41200 Klang Selangor.

Follow Us

Copyright © SAHABAT HOSPITAL SELANGOR 2026. All Rights Reserved.

SHS LOGO WHITE11