- Berita SAHABAT
- Hits: 19
SAHABAT HOSPITAL SELANGOR TOLAK BUDAYA & AMALAN SONGSANG LGBT
- Berita SAHABAT
- Hits: 19
KENYATAAN MEDIA PIBK MAIS: AKTIVITI SONGSANG KUMPULAN LGBTQ TERTAKLUK DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SELANGOR
Kami membantah sekeras-kerasnya penganjuran program glamping berunsur LGBTQ di Selangor. Tindakan ini jelas bercanggah dengan undang-undang jenayah Syariah negeri Selangor sendiri, khususnya:
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, antaranya:
• Seksyen 26 – Musahaqah (hubungan sejenis sesama perempuan)
• Seksyen 28 – Perbuatan tidak sopan di tempat awam
• Seksyen 29 – Perbuatan yang mendorong kepada maksiat
Walaupun program ini mungkin cuba diselindungkan atas nama “rekreasi” atau “privasi”, hakikatnya sebarang penganjuran, promosi atau normalisasi gaya hidup LGBTQ secara terbuka adalah bertentangan dengan roh dan tujuan enakmen tersebut, yang digubal untuk menjaga akhlak, ketenteraman awam dan marah umat Islam di Selangor.
Gerakan LGBTQ ini
• Menghantar isyarat bahawa mereka tidak tunduk kepada undang-undang yang ada ketua agama iaitu Sultan di Selangor:
• mewujudkan normalisasi atas alasan liberal dan sekularisme melalui hak asasi manusia:
menekan kerajaan negeri untuk mengiktiraf atau membenarkan agenda yang jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah:
• mencabar kerajaan negeri yang sepatutnya dipertahankan undang2 dan Enakmen yang kerajaan sendiri luluskan
Kami menegaskan bahawa:
• Penolakan ini adalah terhadap fahaman dan agenda, bukan kebencian terhadap individu.
• Polis tidak wajar diletakkan sebagai “pengawal keselamatan” kepada program yang menimbulkan keresahan majoriti rakyat.
• Kerajaan Negeri Selangor wajib bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang jenayah Syariah secara konsisten, bukan memilih bulu atau bersikap selektif.
Kami memberi amaran bahawa sebarang percubaan menormalisasikan agenda LGBTQ di Selangor adalah satu cabaran terbuka terhadap autoriti undang-undang Syariah negeri, dan akan ditentang secara berterusan oleh masyarakat yang mempertahankan agama, moral dan masa depan generasi akan datang.
Senarai PIBK MAIS yang bersama kenyataan media ini;
1. iCare
2. BAKEWANIS
3. Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
4. Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN)
5. Persatuan Belia Masjid Selangor
6. Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia
7. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
8. Persatuan Inspirasi Muallaf
9. Sahabat Hospital Selangor


