Kunjungan hormat dari team SHTK disambut oleh ketua pegawai JKSP , Tuan Mohd Firdaus Bin Abdul Muiz (Ketua Jabatan JKSP). Beliau mengucapkan terima kasih dan teruja dengan kehadiran team SHTK. Beliau pernah terserempak dengan team Sahabat Hospital di Hospital Serdang.
Beliau juga telah buat sedikit carian berkaitan Sahabat Hospital Selangor(SHS) yang tetap aktif dengan aktiviti kesukarelawan .
-JKSP Tanjong Karang adalah Jabatan yang baru diwujudkan dan masih belum ada program kesukarelawanan meskipun keadaan sangat memerlukan
-Perancangannya ialah awal tahun 2026 dan SHTK akan dijemput secara rasmi bagi penubuhan jawatan kuasa sukarelawan JKSP Bersama NGO2 lain.
-Antara keperluan yang mendesak ialah membantu penjagaan pesakit (nursing) dan juga berkaitan spirituality (hal berkaitan ibadah bagi pesakit muslim)
-SHTK akan fokus kepada membantu hal berkaitan spirituality kerana itu adalah sesuai dengan objektif penubuhan SHS.
-SHTK akan mengkoordinasi perekrutan sukarelawan di kalangan komuniti masjid sekitar Tanjung Karang dan Kuala Selangor sesuai dengan program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) JAKIM-JAIS
-SHTK juga komited menjalin Kerjasama berterusan dengan pihak JKSP terutama berkaitan kebajikan pesakit dan mencari dana sesuai dengan keperluan semasa
-Pertemuan dan perbincangan berakhir jam 11.30 pagi dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati berupa quran wakaf sebagai tanda persahabatan SHTK-JKSP.


