
Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51, Taman Sri Andalas,
41200 Klang Selangor.
1.0 PENGENALAN
1.1 OBJEKTIF
Huraiannya adalah seperti berikut ;
1.1.1 BANTUAN KENDIRI
Bantuan kendiri merupakan sistem bantuan sosial dan ekonomi yang utama di kebanyakan negara -negara sedang membangun. Bermula dengan perhubungan tidak formal dan kumpulan keluarga. Kerja dan program kesukarelawanan telah berkembang menjadi kerja-kerja dan program program kebajikan masyarakat yang lebih formal. Bentuk ini juga memainkan peranan yang penting di negara-negara perindustrian, terutamanya dari segi bantuan dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat di mana banyak organisasi telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan.
1.1.2 KEDERMAWANAN ATAU BAKTI KEPADA ORANG LAIN
Kedermawanan atau bakti kepada orang lain adalah berbeza dengan jenis bantuan kendiri kerana penerima manfaatnya bukanlah diri atau ahli kumpulan itu sendiri, tetapi adalah pihak yang ketiga. Jenis kesukarelawanan ini lazimnya berlaku dalam organisasi sukarela, walaupun di sesetengah negara terdapat tradisi kesukarelaan yang kuat dalam sektor awam dan terdapat minat yang semakin bertambah dalam sektor perniagaan . Di samping itu, terdapat juga tradisi di mana sukarelawan dihantar dari sebuah negara ke negara yang lain untuk menawarkan bantuan pembangunan dan kemanusiaan . Dalam keadaan tertentu, terdapat pula individu tertentu, biasanya yang kaya dan berharta, yang menderma wang atau hartanya secara sukarela.
1.1.3 PARTISIPASI {KEGIATAN SIVIK)
Partisipasi di sini merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh individu individu dalam proses governans iaitu melalui kuasa (empowerment), perundingan dan perwakilan yang terdapat di seluruh dunia. Waiau bagaimanapun, ia lebih berkembang di negara-negara yang mempunyai kegiatan dan kesedaran sivik yang tinggi. Partisipasi mula diiktiraf sebagai komponen penting dalam governans yang baik (good governance) sejak mutakhir ini, tetapi, terdapat banyak kritikan yang menganggap bahawa partisipasi itu sebenarnya hanyalah sekadar tokenisme atau cara untuk menjustifikasikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu sahaja.
1.1.4 ADVOKASI
Advokasi atau berkempen ialah sesuatu yang digerakkan oleh sukarelawan yang biasanya digelar aktivis, contohnya melobi kerajaan untuk membuat atau meminda sesuatu undang- undang . Kesukarelawanan telah membuka jalan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan . lni diperkenalkan dalam menangani atau membendung masalah HIV/AIDS, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi manusia, pemuliharaan alam sekitar, mengaktifkan gerakan belia dan wanita atau sebagainya . Sesetengah kempen adalah bersifat tempatan , manakala terdapat juga yang bersifat global.
2.0 ORGANISASI {JAMA'AH)
2.1 Bentuk organisasi
Organisasi sukarela dapat diIihat dalam beberapa bentuk ;
◆ Lokasi : bersifat tempatan , kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
◆ Pemilikan : Sama ada mempunyai keahlian yang ramai dan tidak.
◆ Orientasi : mempunyai dua orientasi utama iaitu "orientasi operasi" dan "orientasi advokasi". Orientasi operasi pula terbahagi kepada dua iaitu "aktiviti" dan " bakti".
◆ Pendekatan: Pendekatan top-bottom, pendekatan participatory tetapi terhad dan pendekatan participatory penuh yang mengamalkan penghakupayaan (empowerment).
◆ Modus operandi :
i. Penyelidikan dan inovasi
ii. Operasi dan pelaksanaan
iii. Kedua-duanya sekali (gabungan i dan ii)
2.2 MATLAMAT ORGANISASI SUKARELAWAN
Secara umumnya organisasi kesukarelawanan mempunyai matlamat seperti berikut;
◆ Mewujudkan kesan-kesan positif seperti dalam bidang pendidikan dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus kemahiran . Manakala dari segi advokasi pula, adalah seperti mempengaruhi keputusan-keputusan tentang dasar pendidikan itu sendiri.
◆ Membendung dan mengurangkan kesan-kesan negatif seperti mengadakan program-program pencegahan jenayah, menawarkan bantuan pemulihan kepada penagih dadah atau pengidap HIV/AIDS dan lain-lain .
◆ Menyediakan bantuan dan perlindungan sementara kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang ditimpa bencana seperti bantuan pertolongan cemas, mencari mangsa yang hilang atau tertimbus dan lain-lain .
◆ Memperjuangkan keadilan untuk mendapatkan manfaat bersama dan berkongsi beban tanggungjawab seperti mengadakan program pinjaman mikro-kredit dan projek perumahan untuk membantu golongan miskin.
◆ Memperjuangkan hak asasi manusia seperti menganjurkan program kesedaran dan pendidikan mengenai hak asasi, mempengaruhi keputusan-keputusan mengenai undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara, berkumpul dan berorganisasi serta memastikan tiada rakyat yang miskin atau lapar.
◆ Menyediakan pemimpin pelapis dengan mengadakan lebih banyak kursus kepimpinan .
2.3 CIRI CIRI ISTIMEWA ORGANISASI SUKARELAWAN
Organisasi kesukarelawanan secara umumnya mempunyai ciri-ciri berikut;
◆ Mempunyai misi yang bersifat altruisme iaitu keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain.
◆ Hasil dan faedah yang lebih bersifat manusiawi, atau dengan kata lain, bottom line tidak dapat diukur dengan indikator ekonomi yang biasa.
◆ Menggunakan strategi pemasaran yang tersendiri.
◆ Mendapatkan modal dan dana melalui sumbangan dan yuran yang tidak akan dipulangkan dalam bentuk wang .
◆ Amat bergantung kepada tenaga-tenaga sukarela.
◆ Memiliki struktur dan sistem pentadbiran yang amat fleksibel.
◆ Peranan ahli jawatankuasa yang berbeza dengan peranan ahli Iembaga pengarah dalam sektor-sektor lain.
◆ Perhubungan awam yang baik dengan penyumbang dan penerima manfaat.
◆ Menjalankan program kutipan dana , yang sebahagiannya mendapat pelepasan cukai .
◆ Dihambati masalah kelesuan atau burnout yang sukar diatasi.
Kesimpulannya, organisasi sukarela mempunyai ciri-ciri yang unik, yang tidak sama dengan organisasi kerajaan ataupun organisasi perniagaan .
3.0 STRATEGI MENGGILAP KESUKARELAWANAN
Berikut adalah senarai beberapa langkah strategik yang dapat dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat proses menggilap kesukarelaan itu;
3.1 MEMBUDAYAKAN KESUKARELAWANAN
◆ Kesukarelaan dijadikan agenda nasional yang utama.
◆ Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember perlu diraikan pada
setiap tahun dengan cara yang bermakna dan bermanfaat di setiap peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan, sebagai salah satu daripada usaha memperingatkan serta meningkatkan kesedaran , penghayatan dan amalan kesukarelaan di kalangan masyarakat .
◆ Media massa perlu meningkatkan ruangan dan program yang menaikkan imej kesukarelawan dalam kalangan masyarakat, seperti mengetengahkan idola-idola (role models) yang sesuai dan menerbitkan berita atau laporan tentang kesukarelawan secara yang lebih meluas.
◆ Galakan pihak berwajib terhadap kesukarelawan haruslah tidak dikaburi dengan kritikan yang kadang-kadang kelihatan sinis atau sweeping terhadap organisasi sukarelawan; atau terlalu segera mengambil pendekatan perundangan atau top-bottom dalam menyelesaikan masalah .
◆ Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengukur secara saintifik dan berstatistik bagi menunjukkan sumbangan kesukarelawan kepada masyarakat.
◆ Menjadikan kesukarelawan sebahagian daripada sistem pendidikan dan latihan dari peringkat awal kanak-kanak.
3.2 MENINGKATKAN MOTIVASI
◆ Pengiktirafan dari pihak yang berwajib terutamanya pihak kerajaan, dalam bentuk penghargaan seperti hadiah, sijil, anugerah, bintang atau pingat .
◆Kemudahan cuti tanpa rekod dan kekananan tidak tergugat jika bercuti tanpa gaji untuk sesuatu kerja sukarela sepenuh masa.
◆ Kerja kesukarelaan diambil kira secara positif dalam kenaikan gaji dan pangkat serta peluang-peluang seperti melanjutkan pelajaran, mendapatkan biasiswa/penajaan, ·m end ap atkan pekerjaan, latihan/kursus dalam perkhidmatan dan perubatan percuma.
◆ Undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu perlulah dinilai semula untuk menyediakan keadaan yang lebih kondusif kepada kerja-kerja kesukarelawan seperti kemudahan peminjaman kakitangan awam ke sektor kesukar elawanan .
◆ Organisasi sukarelawan perlu diiktiraf sebagai rakan pembangunan (partners in development) dan dilibatkan dalam proses membuat keputusan.
◆ lnsentif cukai seperti pengecualian cukai, disediakan kepada sektor perniagaan dan organisasi sukarelawan yang layak.
◆ Kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk menggalakkan aktiviti aktiviti kesukarelawanan .
3.3 MENINGKATKAN PROFESIONALISME
◆ Tahap profesionalisme perlu ditingkatkan dari segi ilmu dan kemahiran berkaitan isu-isu, pendekatan dan teknik kerja sukarela yang terkini seperti pemilihan kepemimpinan, sistem pengurusan dan kewangan .
◆ Sistem latihan kesukarelaan perlu diwujudkan secara bersistematik dan diberi biasiswa pembangunan kesukarelawan.
◆ Penyelidikan yang terancang dan berterusan tentang isu-isu kesukarelawanan perlu ditambah .
3.4 PERKADERAN
◆ Melatih golongan muda menjaga dan meningkatkan kebersihan serta keindahan alam sekitar seperti gotong royong di kawasan sekolah, maktab, universiti atau sebagainya.
◆ Menggalakkan golongan akademik mengadakan kelas bimbingan yang memberi peluang untuk golongan senior membimbing junior, di samping memupuk sikap keakraban dan saling hormat meng hormati .
◆ Menyedarkan remaja dan belia bahawa kesukarelawaan sebenarnya memberi manfaat besar kepada setiap individu kerana ia akan memperkaya proses dan pengalaman pembinaan jatidiri, kerjaya dan masa depan masing-masing .
◆ Mengadakan program -program kemasyarakatan seperti Program Bakti Masyarakat yang dianjurkan oleh IPTA/IPTS semasa cuti semester
◆ Kerja-kerja sukarela diambil kira serta direkod seperti dalam Sijil Berhenti Sekolah dan menjadi antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi; manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi, dikira dalam CGPA.
◆ Menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi mengambil mata pelajaran seperti Pengurusan/Pentadbiran Sosial sebagai elektif.
◆ Memasukkan kerja sukarela dalam syarat lulus Akuan Profesional bagi lepasan institusi pengajian tinggi, misalnya, khidmat bantuan guaman bagi graduan undang-undang yang chambering .
◆ Menghubungkan organisasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan organisasi sukarelawan di luar, supaya pelajar yang aktif dalam kerja-kerja sukarela dapat terus aktif apabila mereka meninggalkan alam pendidikan formal.
◆ Mempertingkatkan keterlibatan golongan belia daripada beneficiary kepada terlibat secara langsung yang dapat memberikan mereka motivasi dan minat untuk terus terlibat dalam aktiviti kesukarelawan .
◆ Memulakan khidmat kesukarelawan sebagai satu bentuk khidmat negara .
4.0 ISU-ISU KESUKARELAWANAN
4.1 Antara isu-isu yang sering ditimbulkan adalah seperti berikut :
◆ Jumlah keanggotaan sesebuah organisasi sukarelawan itu tidak semestinya melambangkan jumlah mereka yang aktif dalam organisasi.
◆ Jangkamasa individu itu berkhidmat secara sukarela kebiasaannya singkat atau bermusim .
◆ Terdapat sukarelawan yang tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang sesuai dalam organisasi .
◆ Sebahagian daripada organisasi sukarelawan tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan dana dan strategi pemasaran yang kukuh .
◆ Sesetengah organisasi sukarelawan yang mempunyai keanggotaannya yang ramai terpaksa menjalankan pelbagai jenis aktiviti sehingga kehilangan fokus, dan ini mengurangkan keberkesanannya.
◆ Terdapat sebahagian organisasi yang dipimpin oleh golongan yang berkepentingan peribadi dan politik sehingga menjadi beban kepada organisasi .
◆ Sesetengah ibu bapa dan pelajar beranggapan kerja-kerja sukarela membuang masa dan mengganggu pelajaran .
◆ Budaya wang telah mencengkam masyarakat sehingga sukar sekali untuk menggerakkan sesuatu aktiviti secara sukarela. Budaya ini, mungkin juga dipengaruhi sama oleh faktor kesibukan dan kurang perasaan untuk bermasyarakat .
◆ Sikap prihatin penderma yang pudar disebabkan pengaruh kewangan seperti kemerosotan ekonomi yang secara tidak langsung akan membantutkan sumbangan mereka untuk terus menderma bagi aktiviti kesukarelaan .
◆ Sebahagian daripada kerja-kerja sukarela yang dilaksanakan kini menggunakan pendekatan "memberi kepada yang memerlukan " dan belum sampai ke tahap "membimbing dan menggalakkan semangat berdikari".
◆ Masyarakat seperti kurang berminat atau takut dalam hal-hal kepentingan awam yang melibatkan kritikan terbuka terhadap kerajaan, yang diperjuangkan melalui advokasi oleh sesetengah organisasi sukarela.
◆ Terdapat ramai belia dan golongan profesional yang sedia menjadi sukarelawan tetapi kurang prasarana yang dapat menguruskan kesediaan mereka ini secara sistematik .
◆ Negara belum lagi mempunyai tradisi sukarelawan sepenuh masa, iaitu yang berkhidmat sepenuh masa yang memerlukan seseorang itu bercuti dari kerjaya atau berkhidmat selepas tamat pengajian .
◆ Terdapat banyak pertindihan program atau aktiviti yang dilaksanakan menyebabkan berlaku pembaziran yang membawa kesan kepada kekurangan keberhasilan sesuatu program.
◆ Ramai yang tidak mengetahui tentang peluang-peluang sebenar yang wujud dalam sektor kesukarelawanan kerana hanya golongan dan organisasi tertentu sahaja yang sering ditonjolkan oleh pihak media.
◆ Terdapat organisasi sukarelawan yang tidak mengoptimumkan dengan baik sukarelawan/wati yang datang kepadanya menyebabkan mereka memperolehi pengalaman kesukarelaan yang negatif .
◆ Umumnya pengiktirafan terhadap kesukarelaan , organisasi sukarelawan dan sukarelawan masih kurang .
Sahabat Hospital Selangor — Panduan Rasmi Untuk Sukarelawan
Modul ini disediakan sebagai buku panduan ringkas bagi sukarelawan yang ingin melaksanakan aktiviti ziarah pesakit secara sistematik, beradab dan menepati garis panduan Islam.
Program Ziarah Cakna Pesakit lahir daripada keperluan untuk memberi sokongan moral, spiritual dan sosial kepada pesakit serta waris yang berhadapan dengan ujian kesihatan. Ziarah ini berperanan bukan sahaja sebagai aktiviti kebajikan, tetapi juga platform pendidikan nilai dan kerohanian, khususnya kepada sukarelawan muda agar mereka memahami makna empati dan tanggungjawab kemanusiaan.
“Dan berbuat baiklah kamu sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.” (Surah al-Qasas: 77)
Ayat ini menjadi asas bahawa setiap insan dituntut untuk berbuat kebaikan sebagaimana Allah melimpahkan kebaikan kepada kita. Ziarah pesakit ialah antara bentuk kebajikan yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka dia sentiasa berada dalam taman-taman syurga sehingga dia kembali.” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menggambarkan betapa tingginya ganjaran bagi orang yang menziarahi pesakit. Setiap langkah menuju rumah atau katil pesakit diibaratkan berada dalam taman-taman syurga — suatu ibadah yang disertai rahmat dan keberkatan.
Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta. Maksudnya: "Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau."
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya; limpahkanlah kesejahteraan kepada ahli keluarga baginda serta para sahabatnya.
Kandungan instrumen seperti dalam modul asal disediakan untuk muat turun kepada fasilitator dan sukarelawan. Senarai instrumen termasuk:
Senarai Semak Pelaksanaan Ziarah Cakna Pesakit
Ziarah pesakit bukan sekadar menziarahi jasad yang terlantar, tetapi menyentuh hati yang mungkin kesepian. Setiap senyuman, doa dan sapaan yang lahir dari keikhlasan akan menjadi cahaya dalam kehidupan pesakit — dan dalam hati sukarelawan itu sendiri.
Semoga modul ini menjadi pedoman bagi setiap langkah kita dalam berkhidmat kepada insan yang diuji.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat hati dan amal kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا وَمِنْهُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ
"Ya Allah, terimalah daripada kami dan mereka segala amalan yang baik."
Sahabat Hospital Selangor (SHS) merupakan sebuah gerakan kebajikan komuniti yang berperanan menyantuni pesakit, keluarga, dan petugas kesihatan melalui pendekatan empati, sokongan spiritual, dan perkhidmatan sukarela yang bernaung di bawah PERSATUAN SUKARELAWAN ISLAM HOSPITAL ( SAHABAT HOSPITAL SELANGOR )
Panduan ini disediakan sebagai rujukan rasmi kepada semua sukarelawan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan profesionalisme, akhlak mulia, dan kepatuhan kepada nilai Islam dan kemanusiaan.
Menjadi jaringan sahabat hospital yang unggul dalam menghubungkan kasih, kesihatan dan kebajikan masyarakat.
Menyantuni pesakit dan keluarga dengan kasih sayang dan doa.
Menyokong hospital melalui bantuan tenaga, kebajikan dan kemanusiaan.
Membentuk komuniti sukarelawan berakhlak, berdisiplin dan berilmu.
Menyebarkan mesej kesihatan dan spiritual melalui aktiviti berimpak.
| Nilai | Huraian |
|---|---|
| Ikhlas | Berkhidmat kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan balasan duniawi. |
| Empati | Menyelami perasaan pesakit dan keluarga dengan kasih. |
| Disiplin | Mematuhi masa, etika berpakaian dan arahan penyelia. |
| Amanah | Menjaga rahsia pesakit dan integriti organisasi. |
| Tawakkal | Berserah hasil usaha kepada Allah selepas berikhtiar. |
Sahabat Wad – Lawatan dan sokongan moral kepada pesakit.
Sahabat Keluarga – Bantuan logistik dan kebajikan kepada waris.
Sahabat Kesihatan – Edukasi kesihatan awam dan saringan asas.
Sahabat Prihatin – Bantuan kecemasan dan tabung dana.
Sahabat Rohani – Bimbingan spiritual, tazkirah dan doa bersama.
Penasihat / Penaung
Pengerusi SHS
Setiausaha & Bendahari
Penyelaras Sukarelawan (Hospital)
Ketua Unit / Zon / Bahagian
Sukarelawan Lapangan
Mematuhi peraturan hospital dan arahan penyelia.
Menjaga adab dan aurat ketika berkhidmat di wad atau kawasan awam.
Tidak menyentuh pesakit berlainan jantina tanpa keperluan perubatan.
Menyimpan rahsia pesakit dan maklumat sensitif organisasi.
Melaporkan aktiviti, kehadiran dan isu lapangan kepada penyelaras.
Menghadiri latihan asas dan penyegaran (refreshment training).
| Aspek | Garis Panduan |
|---|---|
| Pakaian | T-shirt/vest rasmi SHS, bersih dan sopan. Wanita menutup aurat sepenuhnya. |
| Bahasa | Gunakan bahasa sopan dan berhemah; elak gosip atau sindiran. |
| Tingkah Laku | Ramah, tidak mengganggu operasi hospital, dan hormati staf kesihatan. |
| Media Sosial | Tidak menyebarkan gambar atau maklumat pesakit tanpa kebenaran rasmi. |
Pendaftaran rasmi melalui borang atau platform digital SHS
Taklimat orientasi – pengenalan kepada visi, nilai dan SOP.
Penempatan awal mengikut minat dan kebolehan.
Pemantauan prestasi melalui laporan mingguan atau bulanan.
Sijil penghargaan / pengiktirafan bagi yang aktif dan cemerlang.
Ziarah Pesakit & Keluarga
Sesi “Doa & Motivasi Pesakit”
Kempen Derma Darah & Kesihatan
Tabung Kasih Hospital
Latihan Sahabat Baharu
Hari Penghargaan Sukarelawan
| Peringkat | Modul | Hasil Diharapkan |
|---|---|---|
| Asas | Etika sukarelawan, komunikasi empati, SOP hospital | Faham peranan & disiplin |
| Pertengahan | Kaunseling asas, pengurusan emosi, teamwork | Meningkatkan profesionalisme |
| Lanjutan | Kepimpinan, pengurusan program, perundingan | Melahirkan pemimpin sukarelawan |
| Jenis Kesalahan | Contoh | Tindakan |
|---|---|---|
| Ringan | Lewat hadir, tidak mematuhi pakaian | Teguran lisan / amaran bertulis |
| Sederhana | Tidak lapor aktiviti, cuai tugas | Gantung sementara |
| Berat | Bocor rahsia, salah guna nama SHS | Penamatan serta-merta & laporan rasmi |
Sijil Penghargaan Tahunan
Anugerah “Sahabat Terbaik”
Peluang latihan lanjutan dan kepimpinan
Sebutan khas dalam majlis rasmi
Sukarelawan adalah duta kasih bagi SHS. Keikhlasan, disiplin dan akhlak yang tinggi akan menjadikan setiap langkah kita sebagai ibadah dan sedekah berterusan.
“Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
✨ Semoga Allah memberkati setiap usaha kebajikan kita.

Kabin At Taqwa, Lengkuk Seri Siantan 51, Taman Sri Andalas,
41200 Klang Selangor.