Misi 1
Pengambilan katil pesakit daripada waris Allahyarham mantan muazzin Masjid Negeri, Ustaz Hj. Abu Bakar di Seksyen 7, Shah Alam.
Katil tersebut telah dihantar ke rumah keluarga di Subang Jaya untuk kegunaan ibu mereka yang berusia 92 tahun dan baru sahaja discaj dari Hospital Shah Alam semalam.
Misi 2
Pengambilan katil pesakit dari sebuah rumah di Kelana Jaya. Katil tersebut tidak sempat digunakan oleh Allahyarham ayah mereka.
Katil telah dihantar ke rumah seorang saudara muallaf di Tingkat 2, Sentosa, Klang.
Alhamdulillah, kedua-dua katil ini berjaya dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan.

